Salam kepada semua pembaca Al-Hikmah. Hari ini saya menerima satu email daripada Maulana Umair dengan satu file yang cukup menarik. Ianya merupakan bayan atau tazkirah mengenai Adab Minum Air secara Sunnah Nabi SAW daripada Maulana Abdul Hamid yang menziarah kami di Al-Hikmah pada bulan Oktober tempuhari. Maulana syorkan kita muzakarah mengenai Sunnah ini untuk keberkatan seluruh kehidupan kita. Semua orang perlu minum air, orang islam, orang kafir, walhal binatang juga perlu minum air. Maulana menegaskan bahawa Barangsiapa yang menghidupkan sunnah Nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar umat, Allah SWT akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid. Dalam adab minum mengikut sunnah ini Maulana berkata ada sekurang-kurangnya 6 sunnah yang perlu kita ikuti. Maka dengan itu insyaAllah kita akan mendapat 600 pahala mati syahid hanya dengan mengamalkan sunnah semasa meminum air sahaja.
Tak perlulah Al-Hikmah nak cerita panjang lebar disini, hanya lapangkan dada dan minda serta pasang telinga anda untuk mendengar bayan atau tazkirah Maulana Abdul Hamid ini (bayan dalam Bahasarget="_blank" rel="nofollow" href="http://roslihanip.linktrackr.com/translate-ahkmh">Bahasa Inggeris), Ayuh kita hidupkan sunnah di dalam kehidupan dan keluarga kita bermula kini tahun 1432 hijrah atau 2011 Masihi yang tak berapa lama lagi.



benda yg selalu kita buat kita ‘take for granted’, tpi bila kita dh tahu alangkah indha nye. sya teruja dengan takzirah tdi.
Salam TAPAOTAI,
Oleh itu marilah kita sama-sama perbaiki diri untuk amalkan sunnah didalam seluruh kehidupan kita. Di Al-Hikmah ini kami akan sentiasa berceritakan mengenai Sunnah ini untuk manfaat bersama. War-warkan ilmu ini kepada seluruh keluarga dan kenalan anda.
Wassalam.
subhanallah…maha besar kasih syg Allah swt…
Assalam..
Kalau pendengar yang bermasalah dgn English mcm mna? Boleh tolong jelaskan x?
1)minum guna tangan kanan
2)munum tengok air-(cth air dalm tin)-cek tkut2 ada serangga or kotoran
3)baca bismillah-menukar corak molekul air
4)jangan minum skali teguk. at least 3 kali
5) duduk dan minum-jaga buah pinggang.
6)menyebut ‘alhamdulillah’.